wahai HATI, jaga DIRI

Bismillahirahmanirahim

rapuhnya hati.

saat kita berjalan di sepanjang ranjau yg penuh berduri, pasti ditemui hikmah yg tersendiri. Tuhan mengajar kita erti hidup saat "duri-duri" itu dikutip dgn hati yg pedih. sedih. namun, indahnya aturan Tuhan, Dia memberikan pelangi selepas turunnya hujan - tanpa ranjau berduri, mana mungkin kita akan mengenali erti pedih, sakit, air mata dan halawatul iman.

wahai diri, ku ingatkan hati, carilah cinta Sang Hakiki. kelak akan kau temui cinta insani. andai tidak kau perolehnya suatu hari nanti, berdoalah. kerana, doa itu senjata.

"kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku. moga kelak akan ada CINTA  untukku daripada insan yg mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya"

demi cinta yg berpaksikan redha Illahi, bersulamkan mahabah ke Jannatul Firdausi, jagalah diri ini. gagahlah diri menjadi muslimah sejati. 

"ya Allah, izinkan aku mencintaiMu melebihi segala yg ada didunia ini. izinkan aku mencintai orang yg mencintaiMu. izinkan aku mencintai segala perkara yg dapat menjerumuskan aku untuk terus mencintaiMu. aminnn"


 opick - rapuh 

inspired by Layyinul Harir. jazakallah khair

No comments:

Post a Comment