MR. RIGHT ;)

Bismillahirahmanirahim .

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua .
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26) insyaALLAH . itu adalah janji-NYA .

hari neyh mau berkOngsi entri pasal ciri² lelaki idaman aka MR. RIGHT. well, bila ditanya "qualificatiOn" sang arjuna kOnpOm² mesti si MR. FERPECT! m i rite?? ;)) anyway, theres no such things! mereka tidak wujud sebenarnya. tapi, sekurang²nya, ada seseorang diluar sana yg mungkin memiliki ciri² itu. harus diingat, 
"kekurangku adalah pelengkapmu. dan kekurangmu adalah kelebihanku :') 

*******************************************
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala, jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

*buat kamu sang arjunaku, harap kamu macam tue jugak! insyaALLAH . tidak perlu jadi diri Orang len , tapi cukup lar diri kamu apa adanya (: remember rules no.1 and the others TOO .

cOpy.paste dr akuISLAM

No comments:

Post a Comment