UNIMAS.ku GEMILANG !

Salam perjuangan mahasiswa..

Universiti Malaysia Sarawak merupakan universiti awam ke-8 di Malaysia. Mempunyai latar sejarah tersendiri dan juga identitinya sendiri. Tahun 2010 adalah tahun ke 17 bagi UNIMAS. Pelbagai perubahan telah berlaku dari segi kemudahan infrastuktur, kampus, pentadbiran dan pelbagai lagi revolusi yang dialami UNIMAS.

Dalam sesebuah universiti, aset utama yang paling berharga dan terpenting dalam menjana kegemilangan sesebuah universiti bukanlah kemudahan infrastukturnya semata-mata mahupun pihak pentadbiran tetapi mahasiswa. Mahasiswalah yang bertanggungjawab untuk menaikkan nama universiti itu sendiri. Universiti adalah tempat untuk mahasiswa, bukan sekadar menimba ilmu demi segulung ijazah, tetapi tapak kukuh untuk mahasiswa mendapatkan pelbagai kemahiran lain yang diluar dari bidang pelajaran. Sumbangan tenaga dan buah fikiran dari setiap individu bergelar mahasiswa adalah amat penting kepada universiti. Pelbagai faedah yang boleh diperolehi sekiranya mahasiswa terlibat dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan atau mahasiswa itu sendiri yang bertindak sebagai penganjur, berguna untuk masa hadapan.

UNIMAS bukanlah antara universiti yang mempunyai kedudukan atau "ranking" yang tinggi. Oleh itu, sepatutnya kita tidak menunggu orang lain untuk menaikan nama UNIMAS tetapi kita sendiri perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk kegemilangan universiti.

"Contemporary and Foward Looking" bukan sekadar motto tetapi perlu di praktikkan oleh setiap individu dalam UNIMAS. Mahasiswa UNIMAS perlu lebih berdaya saing setara atau lebih berbanding universiti-universiti lain di Malaysia.

Peluang untuk berbakti sentiasa ada tetapi tidak mahu dicari. Hanya mengharap balasan dari setiap penglibatan bukan memikirkan apa yang dapat disumbangkan kepada universiti. Mahasiswa UNIMAS tidak seharusnya menjadi lemah dan hilang minat untuk mengharumkan nama universiti kita kerana perkara-perkara remeh sepeti masaalah segelintir staf yang tidak mahu memberi kerjasama atau masaalah dari pihak pentadbiran. Kita mesti menjadi lebih kretif, berani dan lebih berwawasan daripada pihak pengurusan untuk terus menjadikan UNIMAS gemilang satu realiti.

Ayuh warga UNIMAS, bangun dari lesu! Bangkit untuk terus berjaya dalam akedemik. Sama-sama mengembleng tenaga bersatu menaikan nama Universiti Malaysia Sarawak bukan sahaja di mata rakyat Malaysia, malah di mata dunia!. Pastikan UNIMAS disegani, bermaruah dan dihormati oleh masyarakat.

UNIMAS adalah Universiti Malaysia Sarawak bukannya UMSabah!! Pastikan masyarakat umum tahu!

Bangkitlah! Ini hak anda!

*kdt fOe
Pro-Mahasiswa Unimas

No comments:

Post a Comment