WaNitA + IstEri SoLehAh

WANITA

Wanita Beriman Serta Beristiqomah Dalam Melakukan Amal-amal Kebajikan.

1. Wanita yang memiliki iman yang mantap - Dalam menjalani kehidupan bermasyarakat yang berbilang bangsa, para muslimah sentiasa terdedah kepada cabaran iman di samping cabaran dan godaan dari syaitan. Oleh itu kaum wanita perlulah melengkapi dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang kukuh untuk mengelakkan diri mereka dari godaan-godaan tersebut.

2. Wanita yang rajin beribadat - setiap individu sama ada lelaki atau perempuan yang terbaik amal ibadatnya maka mereka layak untuk memasuki syurga Allah.

3. Wanita yang mempunyai sifat taqwa - ianya merupakan satu sifat yang mulia yang mana bermula dengan sifat malu. Sabda Rasulullah s.a w., "Malu itu sebahagian dari iman " Maksud malu disini ialah :

- Malu kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak-geri sama ada dari perkataan, perbuatan serta pengakuan. Malahan niat kita mestilah mengarah kepada matlamat bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, tidak ada sesuatu pun yang berlaku kecuali semuanya ada di dalam ilmuNya.

- Malu kepada Rasulullah s.a.w. dengan melakukan segala bentuk amal soleh dan mengikut segala sunnahnya demi untuk membalas jasa Rasulullah yang bersusah payah menegakkan Islam di bumi ini.

4. Wanita yang cergas beramal soleh dan amal kebajikan - Setiap amalan kebajikan mestilah ada manfaat kepada orang ramai. Seperti melibatkan diri dalam amalan keagamaan atau kebajikan sosial. Wanita mesti cergas membela nasib mereka sendiri kerana mereka sendiri yang lebih arif dalam permasalahan mereka.

5. Wanita yang ikhlas melakukan sedekah sebahagian dari harta miliknya.

ISTERI SOLEHAH

Isteri solehah merupakan suatu anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Di mana mereka sanggup berkorban apa saja dan menganggap suami mereka adalah segala-galanya.

CiriCiri Isteri Solehah.

1. Taat kepada suami adalah satu tuntutan mutlak berdasarkan hukum Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w.

2. Jujur pada suami - sifat ini dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.

3. Isteri yang mampu melahirkan anak - Rasulullah s.a.w. telah menyarankan agar sekelian umatnya berkahwin dengan wanita yang baik-baik, yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan yang masih dara supaya boleh melahirkan anak dan darinya pula akan beroleh bilangan anak yang banyak.

4. Sedia melayani kehendak batiniah suami.

5. Sedia melayani kehendak zahiriah suami - dengan menjaga makan minun, pakaian yang sentiasa bersih, persekitaran rumah yang sentiasa teratur dan tersusun dan seumpamanya.

6. Pemegang amanah - harta benda suami, menjaga nama baik dan maruah suami, keselamatan diri dan akhlaknya serta ana-kanak semasa ketiadaan suami.

7. Rela berkorban untuk suami serta ridha kepadanya berdasarkan keridhaan kepada Allah dan RasulNya.

8. Sentiasa mengembirakan hati suami serta cuba melenyapkan segala kesedihan dan kegelisahan hati suami.

9. Wanita yang memiliki sifat pengasih dan penyayang serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang sejati.

10. Melahirkan anak perempuan yang solehah yang sentiasa patuh dan taat pada kedua ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment